INFO KELAS
Pendaftaran Terbuka Sepanjang Masa! Boleh daftar dan terus menonton rakaman kelas.
AMBIL GAMBAR PRODUK PAKAIAN PAKAI SMARTPHONE TAPI LAWA MACAM HIRE JURUGAMBAR PROFESSIONAL.
.
Kalau dah betul tekniknya pakai fon cap ayam pun gambar boleh cantik apatah lagi pakai smartphone yang harga RM 2000 ke atas. Dalam kelas kali ini kita ajarkan kepentingan pencahayaan, composition dan juga editing dalam gambar dalammemastikan gambar produk kita betul-betul cantik untuk kita paparkan dekat prospek kita.
.
Tak semestinya iphone sahaja, REDMI harga RM 500 pun boleh buat gambar cantik dan sesuai untuk tujuan pemasaran dalam media sosial terutamanya. Dalam kelas ini kita ajarkan daripada basic sehinggalah gambar mampu disunting mengunakan APPS Lightroom dan Snapseed.
.
Pemilihan background bagaimana yang sesuai? Pencahayaan yang macamana membuatkan gambr produk kita nampak mahal? Pemilihan lokasi macamana? Semua persoalan di atas akan dijawab dalam kelas live. Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan nanti dalam sesi live cikgu akan jawab dengan lebih mendalam.
APA YANG AKAN DIPELAJARI
1. Pengenalan Smartphone Fashion Photography
Kebiasaannya jika kita berbicara tentang fashion, kebanyakan orang akan memikirkan shoot pakai kamera yang mahal-mahal macam DSLR. Stigma ini dah boleh buang jauh-jauh kerana dengan Teknologi yang ada di tangan kita iaitu smartphone sebenarnya dah benar-benar baik untuk menghasilkan gambar yang cukup baik untuk bahan marketing kita sebenarnya.
2. Outdoor session
Meskipun online kami tetap akan tunjukkan sample atau tutorial cara untuk mengambil gambar pada situasi outdoor terutamanya bagi mereka yang nak shoot dengan perspektif yang berbeza. Ada composition yang akan kami ajarkan disamping penggunaan cahaya yang betul.
3. Indoor session
Nak shoot indoor pun ada caranya. Jika betul daripada segi penggunaan cahaya dan susunan props untuk menghasilkan gambar indoor maka dia akan menyebabkan gambar kita professional.
4. Pencahayaan
Terbahagi kepada dua jenis cahaya iaitu artificial light dan natural light. Cahaya mana yang lebih baik? Lighting mana yang betul2 memberi effect yang cantik dalam gambar. Equipment yang sesuai juga akan diterangkan dalam kelas kali ini.
5. Editing Menggunakan Lightroom dan Snapseed.
Teknik suntingan untuk cantikkan lagi gambar yang kita bidik. Mana yang gelap dan yang ada masalah noise semua boleh kita edit dalam apps yang bakal dipelajari nanti.
MATLAMAT KELAS
Membantu usahawan yang menjual pakaian untuk menghasilkan gambar product yang cantik dan sesuai untuk dijadikan bahan marketinng.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
Smartphone dan apps Snapseed dan Lightroom
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah.
2. Ada nota dan video Live bersama cikgu.
3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan.
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami.
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.